top of page

Pengakuan Bekas Mangsa

Berikut merupakan pengakuan yang dihantar oleh seorang bekas mangsa work alienation.


 

Kredit Imej: Google.com


Saya, cik Imelda Glory Yet, berumur 29 tahun dan berstatus masih bujang. Saya merupakan salah sorang pekerja yang sedang bekerja di salah sebuah kilang elektronik terkemuka iaitu Kilang Canon. Pengalaman bekerja yang hampir mencapai 10 tahun membuatkan saya banyak menimba pengalaman dalam bidang kerja terutama dalam sektor perkilangan ini.


Saya mula bekerja dengan kilang Canon pada tahun 2007 sebagai seorang operator yang berjawatan rendah sehinggalah saya dinaikan pangkat selepas 6 tahun bekerja sebagai seorang pengurus. Sememangnya pengalaman 10 tahun bekerja di kilang tersebut membuatkan saya menjadi terasing dengan kehidupan sebenar seorang manusia. Hal ini berlaku semasa masih menjadi seorang operator kilang dimana beban kerja yang sangat berat ditambah lagi dengan waktu kerja yang melibatkan shif iaitu malam dan siang. Beban kerja yang berat dan waktu kerja yang mengikut shif membuatkan kehidupan saya menjadi seolah-olah tiada makna kerana siang malam hanya memikirkan untuk mencari sumber kewangan tanpa mempedulikan keadaan diri yang penuh kepenatan.


Hal ini kerana, waktu kerja yang agak panjang dan harus berada di tempat kerja sebelum mesin-mesin tersebut beroperasi membuatkan saya dan para pekerja lain tiada masa yang cukup untuk menjamah makanan seolah-olah segalanya harus cepat. Selain itu, polisi kerja yang ketat dimana kami harus mematuhi etika pekerja seperti berpakaian kemas dan wajib memakai topeng muka sewaktu bekerja dan sekiranya tidak, akan dimarahi habis-habisan oleh orang atasan. Kami disuruh menyanyi lagu tema kilang sebelum memulakan tugas, membuatkan saya berasa seperti mesin yang diarah bekerja tanpa henti. Cuti yang diberi hanyalah sehari sahaja; tidak cukup untuk melepaskan rasa penat setelah 6 hari bekerja tanpa henti siang dan malam. Waktu bekerja yang amat panjang sekiranya terpaksa bekerja lebih masa semata-mata untuk mencari wang tambahan untuk menambah gaji yang sedia ada membuatkan saya tidak mempunyai waktu yang cukup dalam menguruskan kehidupan saya sebagai seorang manusia.


Malah, hubungan dengan rakan sekerja turut tidak mesra kerana masing-masing menganggap pekerjaan tersebut seperti sebuah pertandingan dan bersaing antara satu sama lain untuk dinaikan pangkat agar mendapat gaji yang lebih besar. Setelah 6 tahun memegang jawatan tersebut, saya dapat melihat bagaimana jurang yang berlaku antara para pekerja. Pengalaman saya sebagai seorang pengurus pula ialah kerja yang agak mudah dan ia turut membolehkan saya meluangkan banyak masa untuk diri saya sendiri dan keluarga tanpa bebanan kerja yang berat dan gaji juga lebih tinggi berbanding sebelumnya.

bottom of page