Mengapa ia berlaku?
- Nurulhuda Zaaba
- May 11, 2017
- 4 min read
Alienation dari perspektif sosiologikal boleh dijelaskan sebagai perasaan powerless, tidak bermakna dan hidup semakin merenggang hasil dari seseorang tak mampu mencapai kepuasan dalam pekerjaan. Apa yang dimaksudkan dengan ‘powerless’ atau tiada daya ialah ketiadaan keupayaan yang membawa kepada keadaan di mana seseorang mempunyai kebebasan yang sedikit dalam mengawal aktiviti kerja mereka. Memetik kata seorang tokoh bernama Overend (1975), beliau telah mengklasifikasikan alienation sebagai pemisahan atau pengasingan dan kebencian seseorang terhadap masyarakat, pekerjaan, hasil produk yang dihasilkannya, orang sekeliling dan akhirnya dia menghalakan kebencian itu kepada dirinya sendiri

Kredit Imej: Google.com
Marx melihat sesuatu pekerjaan itu sebagai satu cara manusia menonjolkan atau mengekspresikan diri mereka dengan cara kreatif dan pekerjaan itu sebagai satu landasan kepada penonjolan sifat manusia. Selain itu, berdasarkan kepada tokoh yang bernama Kiber (1999), beliau mengatakan bahawa sistem yang kita cipta telah mengawal kita dan sehubungan dengan itu menyebabkan proses ‘alienation’ itu berlaku di mana seseorang mengasingkan diri dari dunia sekeliling dan Marx percaya situasi ini berlaku hasil dari sistem kapitalis.
Sebelum proses industrialisasi, pekerjaan itu dilihat ada maknanya dan lebih bersifat fleksibel di mana pekerja bekerja secara sendiri dengan mengawal apa yang mereka buat dan cara mereka melakukannya. Contoh, petani bekerja selalunya bergantung pada musim dan pekerjaan dilihat bermakna kerana mereka perlu menghasilkan sesuatu produk iaitu sebagai keperluan makanan yang menjadi kepentingan utama dalam hidup.

Kredit Imej: Google.com
Sebaliknya, pekerja kilang tiada kawalan ke atas proses pekerjaan yang mereka melakukan, jam bekerja atau hasil akhir produk disebabkan oleh kemajuan teknologi dan pembahagian buruh di mana mereka perlu mempersembahkan rutin kerja harian yang sama sahaja untuk hidup dengan mencipta sesuatu yang mereka anggap bukan keperluan utama dalam hidup tetapi perlu menghasilkan kekayaan atau keuntungan buat majikan
Punca berlakunya keterasingan pekerjaan
Setiap orang mempunyai potensi mereka sendiri kalau digunakan pada sektor pekerjaan yang betul di mana jika seseorang pekerja diletakkan pada posisi pekerjaan yang betul, pekerja akan memperolehi dorongan yang kuat untuk bekerja tetapi sebaliknya apa yang berlaku dalam kebanyakan organisasi adalah seseorang pekerja tidak diletakkan mengikut keupayaan kemahiran pekerja dan hal ini menyebabkan pekerja menjadi tidak berminat dalam pekerjaan mereka seterusnya mengakibatkan pekerja merasa bosan dan menganggap kerja mereka tidak bermakna akhirnya mereka bertindak mengasingkan diri dari pekerjaan mereka, diri sendiri dan orang sekeliling.
Di samping itu juga, pekerja turut mengalami ‘alienation’ dalam proses pekerjaan mereka di mana dengan mengambil contoh sebelum perleluasan kapitalisme dalam kalangan masyarakat Eropah, manusia biasanya bertanggungjawab dalam setiap aspek pembuatan contoh dalam pembuatan roti, mereka terlibat dari awal hingga akhir proses penghasilan roti. Sebaliknya apabila era industrialisasi mencanak naik, seseorang yang bekerja di kilang pembuatan roti misalannya hanya akan terlibat dalam sebahagian proses sahaja walaupun pada hakikatnya pekerja itu mempunyai kemahiran untuk terlibat dalam keseluruhan proses penghasilan roti kerana mempunyai ilmu pembuatan roti
Setiap pekerja mempunyai matlamat atau tujuan mereka bekerja terutamanya dalam mendapatkan upah untuk kelangsungan hidup tetapi jika berlaku ketidakadilan oleh pihak majikan misalannya dalam memberikan upah atau kelebihan-kelebihan yang perlu kepada pekerja pastinya akan mengakibatkan pekerja hilang keseronokan atau dorongan untuk bekerja, menyebabkan berlaku alienation antara majikan dan pekerja
Alienation turut dikatakan mengambil ‘hak milik’ sesuatu pekerja ke atas produk yang mereka hasilkan di mana pekerja tidak mempunyai hak untuk bersuara ke atas bagaimana sesuatu syarikat berjalan atau berfungsi dan ianya secara tidak langsung berlakunya pengasingan pekerja. Pekerja dipaksa untuk mencipta produk yang bukan milik mereka tetapi perlu melakukan pekerjaan untuk kepuasan orang lain dan bekerja hanya untuk mendapatkan upah bagi meneruskan kehidupan serta kebiasaannya tidak dapat memiliki produk yang mereka hasilkan sendiri. contohnya, seseorang pekerja terlibat dalam pembuatan kasut kulit buatan tangan di mana dia mampu untuk menghasilkan kasut tersebut tetapi pada hakikatnya belum tentu dia mampu untuk memiliki kasut kulit tersebut dan apa yang dimiliki hanyalah upah sahaja.
Penggunaan barangan atau simbol-simbol kemewahan yang dinikmati oleh majikan seperti kereta mewah, keuntungan yang lumayan dan sebagainya turut mengundang kepada alienation antara majikan dan pekerja dan ianya bertambah buruk apabila berlakunya juga penindasan terhadap pekerja. Dalam hal ini sebagai contohnya dengan mengambil situasi seperti seseorang pekerja itu bekerja dalam menghasilkan kasut kulit buatan tangan dan majikan memberikan tempoh yang sangat terhad untuk pekerja itu menghasilkan kasut tersebut dan ini boleh mengakibatkan pekerja berasa seperti diseksa untuk bekerja di mana dia perlu mengejar tempoh masa menyiapkan kasut tersebut hingga perlu bekerja lebih masa dan kurang meluangkan masa dengan keluarga dan diri sendiri. Pekerja perlu bertungkus lumus untuk hasilkan sesuartu produk tetapi hasilnya lebih banyak dinikmati oleh majikan sedangkan pekerja tidak mampu untuk menikmati kemewahan dan kesenangan seperti yang dinikmati oleh majikan menyebabkan pekerja merasakan usaha mereka hanya sia-sia
Pekerja kebiasannya bekerja dengan memiliki tujuan atau visi yang selalu dibayangi oleh upah menyebabkan mereka selalu melalui proses alienation sesama pekerja di mana dalam dunia sekarang pekerja perlu bersaing sesama mereka dari segi untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi, jam bekerja serta kelebihan-kelebihan lain untuk kebaikan mereka sendiri dan bukan untuk kepentingan bersama atau sesama pekerja
Pekerjaan yang kurang memberi kebebasan kepada pekerja boleh dianggap sebagai berlakunya alienation di mana pekerja perlu mempersembahkan rutin harian kerja yang sama sahaja dalam pekerjaan mereka menyebabkan pekerja cenderung untuk tidak mencapai kepuasan dalam pekerjaan dan seterusnya merasakan kerja yang mereka lakukan tidak bermakna. Perkara ini telah mendorong pekerja hilang sifat-sifat kemanusiaan yang ada pada diri mereka di mana Marx percaya bahawa apa yang boleh kita sumbangkan kepada dunia melalui pekerjaan adalah keupayaan kreativiti yang terdapat pada setiap manusia. Tetapi pada hari ini ramai di antara pekerja hilang sifat-sifat kreativiti tersebut dalam diri mereka di mana mereka lebih berpegang kepada ‘hidup untuk bekerja’ sehingga mereka menjadi hilang kawalan dalam hidup dan akhirnya bertindak mengasingkan diri dari persekitaran dan juga diri sendiri.
Rujukan
Farzin Farahbod, Mohammad Reza Azadehdel, Mehrdad Goudarzvand Chegini dan Azam Noyan Ashraf. 2012. Work Alienation Historical Backgrounds, Concepts, Reasons and Effects. Journal of Basic and Applied Scientific Research. 2(8): 8408-8415
“Alienation” (atas talian) https://www.youtube.com/watch?v=30HeJvE9KCg
Comments