top of page

Mengapa Harus Tahu?

Menurut Marx (1963), work alienation adalah suatu keadaan yang mana berlakunya percanggahan antara sifat peranan kerja dengan sifat manusia. Dalam erti kata lain manusia dipisahkan dari kehidupan sebenar mereka dan terlalu taksub dengan dunia pekerjaan mereka. Hal ini disebabkan oleh majikan itu sendiri yang terlalu mengawal kondisi pekerjaan pekerja mereka sehingga hilang sense of belonging kepada diri mereka sendiri dan keluarga mereka.

Kredit imej: Google.com


Kerterasingan kerja atau work alienation ini akan membawa kepada beberapa kesan yang negatif dalam kehidupan para pekerja. Walaupun kesannya tidak dapat dilihat dalam jangka masa yang pendek namun setiap pekerja pasti akan merasai kesan ini secara tidak langsung. Memandangkan dunia pekerjaan sekarang tidak dapat lari dari bersifat kapitalis, work alienation berisiko tinggi untuk terjadi dalam sesebuah organisasi. Hal ini adalah kerana, menurut Marx sendiri work alienation merupakan satu sistem yang dicipta oleh kapitalis untuk mengaut keuntungan yang tinggi tanpa mengambil kira tentang kebajikan para pekerjanya.


Seharusnya setiap individu yang bakal menempa dunia pekerja seharusnya mengetahui apa itu work alienation, apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku dan apakah kesan yang bakal dihadapi oleh para pekerja sekiranya mereka menghadapi situasi ini. Kegagalan untuk menangani isu ini mampu membawa kepada kejadian bunuh diri akibat terlalu tertekan dengan tanggungjawab kerja yang diberikan oleh para majikan.


Pengetahuan mengenai work alienation sangat penting untuk setiap individu yang bakal melangkah ke dunia pekerjaan. Ini kerana;


  • Hal ini akan menerbitkan suatu kesedaran terhadap isu ini. Justeru, mereka mampu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung kesan yang tidak diingini terutamanya yang boleh memudaratkan diri serta orang lain. Menerusi kesedaran ini, mereka menjadi mangsa kepada work alienation ini tahu untuk mengendalikan kehidupan pekerjaan mereka dengan sistematik.

  • Pengetahuan ini juga penting untuk para pekerja kerana sekiranya mereka menghadapi situasi sebegini, mereka boleh berjumpa dengan pihak yang sepatutnya untuk mengadukan masalah yang dihadapi. Para pekerja juga boleh berjumpa dengan kaunselor pekerjaan atau pakar perunding untuk mengatasi atau menyelesaikan maslah ini. Tidak dinafikan bahawa majikan mempunyai hak prerogatif khususnya dalam alam kerja, namun pekerja juga mempunyai hak untuk mereka mendapat kebajikan kehidupan mereka.

  • Membolehkan para pekerja agar dapat mengimbangi kehidupan pekerjaan dengan dengan kehidupan sebenar mereka (work-life balance). Para pekerja seharusnya dapat mengimbangi kehidupan pekerjaan mereka dengan kehidupan diri mereka sendiri agar mereka mempunyai masa yang rehat yang mencukupi untuk keluarga dan diri mereka sendiri. Sekiranya pekerja meraskan mereka adalah mangsa work alienation di tempat kerja mereka ini akan menyebabkan berlakunya jurang sosial di antara para pekerja dengan majikan malahan jurang sosial juga akan berlaku di antara para pekerja itu sendiri.

Oleh itu, setiap individu yang bakal menempa kehidupan ke dunia pekerjaan seharusnya mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan work alienation bagi mengelakkan mereka merasa terbeban dengan tanggungjawab yang diberi dan berasa terasing dengan dunia pekerjaan dan kehidupan mereka yang sebenar.


Rujukan : Marx.K, 1963. Early writings. Trans. And ed.T.B. Bottomore. London : C.A. Watts

bottom of page