top of page

Gambaran melalui Permainan


Isu work alienation bukan suatu yang baharu, malah hal ini banyak sekali dipaparkan dalam media massa. Maka, kami membawakan dua permainan flash yang boleh memberi gambaran yang lebih terperinci mengenai isu tersebut.

Kredit imej: Google.com


Permainan ini mengisahkan seorang pekerja berkolar putih yang mengharungi cabaran hidupnya- hidup dan kerja. Melalui permainan flash ini, anda akan memahami bagaimana 'senyapnya' isu keterasingan ini berlaku sehingga dalam permainan tersebut, cara terakhir untuk keluar dari lingkaran hidupnya ialah dengan terjun dari tingkat teratas bangunan tempat kerjanya.





Permainan ini pula mengisahkan seorang pekerja yang berdendam dengan majikannya yang dilihat suka mengkritik dan merendahkan kemampuan pekerja tersebut. Menurut sumber WhackYourBoss.com, tujuan permainan ini dicipta adalah untuk hiburan dan kawalan marah (anger management) terutamanya terhadap majikan tanpa benar-benar mencederakan pihak majikan. Hal ini menunjukkan bahawa isu keterasingan dalam diri pekerja juga melihat majikan tidak lagi sebagai seorang manusia tapi suatu kuasa atau mahkluk yang bersifat 'mengancam' nilai diri pekerja.

Kredit Imej: Google.com

bottom of page